بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
Assalammualaikum =)
penyakit malas nak online datang menyerang. nak bukak facebook pun malas, blog apatah lagi. kalau kat utm x pe la kot malas sebab line yang tak berapa nak 'sihat'. ni balik rumah laju kemain lagi line tenet (abg tukar dari streamyx ke unifi, dikatakan laju sampai bukak youtube takpayah buffering segala tapi bagi aku sama je, huhu!) tapi malas gak. tapi tak pe la, lagi bagus penyakit 'malas' ni menyerang, sebab kalau tak 12 jam straight bleh je duk mengadap laptop ni. abah pun perasan yang aku dah tak berapa nak online sangat sampai abah tegur "eh kakak sekarang ni dah tak online sampai tengah malam lepastu bangun lambat la".. huhu.. tak tau nak jawab apa. mungkin sekarang dah sedar yang online sampai lewat malam pastu bangun lambat tak ada faedah kot? n_n
ok ok, entri kali ni di-publish-kan khas buat 3 orang 'satu kepala' yang sama-sama 'menjelajah' pulau mutiara guna public transportation. haha. you know who you are. first aku nak ucap thanks bebanyak sebab tanpa hampa (dan izin-Nya,of course), tak tercapai la impian aku nak naik feri pejalan kaki ke sana. eh betul ke istilah aku ni? bukan la tak pernah naik feri, tapi sebelum ni naik feri dengan kereta sekali. teringin gak nak merasa naik feri pejalan kaki ni. huhu.
sebenarnya la kan, bila pikir-pikir balik, banyak gak yang aku belajar masa pengembaraan aritu. tapi tak sebanyak apa yang cik NIE belajar, dia siap boleh hafal lagi route rapid, bas no berapa nak ke mana.rajin sungguh dia buat background study. hehe. sekarang ni aku tau dah la yang naik feri kena guna duit syiling SAHAJA dan kalo nak tukar duit syiling kat kaunter tepi tuh, takpayah la beratur panjang-panjang, cukup la sorang ja member beratur, tukar sekali harung duit kertas tuh. haha. malu tak abeh lagi aku kat abg jaga kaunter tuh. macam ke apa lagi tiga-tiga orang ulang beratur. mesti muka masing-masing toya habis masa tu. :D yang cik LAYHA pun satu, bukannya nak briefing dulu cara-cara nak bayar. ada ke patut tinggalkan kami terkontang-kanting kat kaunter tukaq syiling tu. nasib la tak kena tinggal dek feri. haha.
then, apa yang aku belajar adalah erti sabar dan syukur. kena banyak sabar kot panas-panas sesak-sesak naik bas. berdiri selit-selit la kat ruang yang ada dalam bas. bersyukur sebab selama ni pi mana-mana senang ja. bagitau abah kata nak keluaq, ok abah hantaq lepastu makcik na amek. boleh ja kalau nak pi penang ni minta abah tolong hantarkan, tapi sampai bila nak kena berantaq berambik. sekali sekala kena belajar la jugak naik bas. berdikari lah katakan. tapi ni pun tak berapa reti lagi kot, sebab ada cik NIE dan cik LAYHA. aku dengan cik AUNI ikut je la depa decide nak naik bas apa. kalo ikut aku mau sampai ke tanjung bungah (ada ka bas ke situ? haha) lagi satu important thing yang aku dapat ialah 'never assume.ASK' .. padahal pernah ja buat status fb guna ayat ni, tapi tak aplikasi pun kan masa nak naik teksi malam tu. kalo la kita tanya awal-awal, tah pukul 8 dah bleh naik teksi pi jeti. ni boleh pulak kan tunggu pakcik teksi merah macam ayam berak kapur. tah-tah pakcik tu tengah hepi ja shopping dalam tesco tu. haha. tapi tu la, Allah dah tentukan. kalo tak, kita tak naik la teksi biru malam tu kan? :P
dan sehari lepas 'pengembaraan' aritu, aku nak buat postmortem la konon kat inbox fb, tapi tak jadi plak. nak tanya ada sapa-sapa kena marah tak sebab balik lambat. tapi ya la kan, bukan sengaja balik lambat. tunggu teksi dah sejam, feri lagi. dan bagi aku, rasanya macam dah takmau dah kot jelajah penang naik public transport. serik pun ada. haha. so lepas ni, kalau nak jalanjalan lagi kat penang, better ada someone yang boleh bawak kereta la kot (dengan cekap, aku dah taknak 'sakit jantung' sebab risau kot nanti ada terlanggar sapa-sapa) .. ni masing-masing gaya je ada lesen tapi semuanya last bawak masa test JPJ. haha. haru sungguh .
p/s : sapa la antara kita 3 orang yang bawak kereta dulu ;P