♥~Followers~♥

Monday, July 4, 2011

kerja oh kerja..

Assalammualaikum & hi =)

Aku rasa kan,blog aku ni macam terabai ja sejak aku mula kerja nih..tapikan,terabai tang mana aku pun taktau..sebab sebelum ni walaupun aku 20 jam mengadap laptop sekaligus menambah jumlah bil lektrik rumah aku,tak jugak aku hapdate blog aku tiap-tiap hari..haha..memang dasar pemalas..kadang2 aku pelik gak,apesal la ada orang nak follow belog aku,padahal tak ada apa2 pun..lagi banyak aku merepek dari ada benda2 yang berfaedah..mungkinkah sebab nak aku follow blog mereka balik??huhu..tak kisah la..lepasni kan kalau follower aku dari 75 tengok2 jadi 7 ke 5 ke aku tak kecik hati pun..aku makan hati je..

tapikan korang(cehh,mai ayat KL plak),serius dalam 2 hari ni aku rasa letih gila..bukan sikit-sikit punya letih tau..pernah main tak game diner dash??haa,aku rasa hari sabtu n ahad punya customer macam dalam game tu la..tapi bukan level 1,level 11 punya game..yang datang berduyun-duyun masuk dan duduk dan menunggu pelayan datang hantar menu,pikir nak makan apa,kemudian tunggu makanan sampai dan makan dengan senang hati bersama kapel keluarga masing2..tu untuk kes yang makanan cepat sampai la..kalau lambat siap,macam dalam game tu ar,love2 yang menunjukkan tahap kesabaran diorang tu makin menurun...lepastu akan ada la pandangan semacam yang aku sebenarnya tak perasan pun..tapi pkerja2 lain la cakap..aku setakat ni wat dunno je,tak perasan pulak aku ada orang nak marah ke apa,sebab nak buat macam mana,dah ramai orang,sabo je la tunggu makanan sampai..tak nak tunggu,makan eskrim baskin robin depan restoren aku kerja..haa yang tu cepat la,tunjuk je nak eskrim apa,bayar la rm 7 utk satu scoop eskrim,pastu dah boleh jalan2 sambil makan eskrim tuu..




tapikan tak semua laa yang cerewet2 bagai..ada gak rakyat m'sia yang berbudi bahasa..kadang2 bila jumpa orang macam ni,rasa penat pun leh hilang sekejap tau tak walaupun dia setakat cakap thank you bila aku hantar makanan..jadi lepasni kalau ke kedai makan tuu,bila waiter tu hantar makanan,at least cakap la terima kasih..takyah kasi tip2 pun,cakap t.kasih je tapi kalau bagi pun takpe gakk.. =D

eh aku dah merepek tah apa2 dah ni..sekarang dah pukul 12.20..sekarang ni jam biologi aku dah set tidur pukul 11.30 supaya esok tak ngantuk..dulu kala,waktu2 macam ni aku baru nak start blogwaking usha blogshop,baca entri orang,tinggal jejak segala kat belog orang lain..sekarang ni jarang leh buat macam tuu..sobs2 ;(



p/s : hari sabtu lpas,salah sorang ahli kmpulan balas datang mkn kat rstoren aku kerja ni..tapi aku tak kenai pun dia..sebab aku tak tgk maharaja lawak..akk yg kerja dgn aku yg cam dia..maap la,aku kenai peserta imam muda je..hehe..



 

Thursday, June 30, 2011

first time kerja ~~

Assalammualaikum & hi =)


Hari ni kan adalah hari pertama aku bekerja..mesti ada yang kata last-last minit baru nak kerja padahal habes matrix tengah bulan 4..aku tau la member lepasan matrix yg lain mesti dah ada ribu raban dalam bank sebab kerja start bulan 5 lepas habis matrix kan..nak buat macam mana,ni lah padah mengamalkan "bersenang-senang dahulu,bersusah-susah kemudian"..huhuhu..baru first day kerja,penat jugak la..padahal tak la teruk sangat kerja aku..stakat amek order,hantar makanan,kemas meja,lap meja..(ce teka aku keja apa,haha) tapi biasala orang tak pernah kerja kan..banyak la songehnya...pdn muka aku,huhu..tapi walau apa-apa pun,aku rasa bagus gak aku kerja ni..dapat belajar macam-macam..pengalaman tu yg penting sebenarnya..ni pun nasib aku baik jugak la tak jumpa lagi pelanggan yang cerewet..harap-harap tak jumpa la..masa aku tengah kerja tadi kan,sempat gak aku pikir,aku rasa best lagi stay up sampai pukul 3 sebab nak study daripada kerja ni..rasa bersyukur jugak la,at least aku ada lagi 4 tahun (insyaAllah) untuk sambung study berbanding orang lain yang sama umur macam aku tapi terpaksa bekerja sampai bila pun taktau sebab tak dapat peluang sambung belajar...lepas ni,aku tak doa dah "bila la nak habis belajaq nii,tak larat dah nak belajaq"...hahaha...k la,aku nak pi rest jap..nak meluangkan masa di rumah dengan sebaik mungkin..esok dan esok kena pi kerja pulak..dah takleh la celik-celik mata bukak laptop..hehe..




 

Tuesday, June 28, 2011

contest blog saya comel

Assalammualaikum & hi =)

Tadi bukak fb,tengok-tengok leha ada tag aku untuk join satu contest ni..walaupun blog aku tak comel,tak kisah la...tengok dia punya syarat pun senang jer..takyah story panjang,sapa-sapa nak join leh la klik gambar bawah ni..hadiah dia pun leh tahan,RM 100 tu..fuh,bagi orang yg tak bekerja macam aku selama 2 bulan nih(ehem) RM 100 tu kira banyak tau..nak nak pulak orang nak bagi free..kalau dapat alangkah gumbiranya hati..


Photobucket

nak tag :
syifaa aka adnje


Tarikh tutup : 17 Julai 2011


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...