♥~Followers~♥

Showing posts with label mysweetstory. Show all posts
Showing posts with label mysweetstory. Show all posts

Thursday, July 16, 2015

its already 29th ramadhan..and i'm back :)

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم 

 Assalammualaikum =)



Kali terakhir update blog, 18 Februari 2012..3 tahun yang lepas..masa tu, baru first year kat UTM..hari ni, 16 Julai 2015..3 tahun lebih dah..dan, sekarang, aku dah habis belajar pun kat UTM..cuma belum official lagi la..tak ada transkrip lagi..result final baru2 ni pun tak keluar lagi..hee..dan hari ni juga, 29 Ramadhan..ya, Ramadhan terakhir tahun ni T_T  


sekejap sangat masa berlalu kan..dan masa yang berlalu, taktahu banyak guna untuk benda bermanfaat ataupun sebaliknya..rindu sebenarnya, nak menulis kat blog..sejak masuk UTM, dah tak banyak masa nak update..dan tak tahu apa yg nak diceritakan..macam-macam yg berlaku sepanjang 3 tahun lebih menyepi..


rindu juga, pada diri sendiri yang dulu..sekilas pandang, nampak macam tak ada apa yg berubah..tapi sebenarnya, banyak perubahan yg berlaku..sedar ataupun tak..dan kerinduan pada diri sendiri zaman dulu kala, bukan bermakna rindu zaman jahiliyyah tu dari segi pemakaian dan ada la beberapa aspek lagi yg tak-mematuhi-piawaian-agama, tapi lebih kepada personaliti diri yang dulu.






mungkinkah Athirah yang di'bentuk' 4 tahun di UTM supaya lebih berkeyakinan, lebih kehadapan, lebih sifat kepimpinan dan lebih lain2 lagi la, menjadi semakin peduli akan kata2 di sekeliling? lantas menjadikan dia berfikir banyak kali sebelum buat sesuatu, atau erti lainnya risau orang-kata-apa-nanti dan terus tak jadi nak buat sesuatu (baca sesuatu ni sebagai satu pekerjaan yg positif, tak kisahla apapun). adui la kan, sengaja menyusahkan diri fikir APA KATA ORANG..walaupun tahu je, orang tetap akan berkata, mengata, katakan, tak kira la apapun awak buat. baik ke jahat ke. penyakit "low self-esteem" kot aku ni. huu.


nak post pasal benda baik, pikir eh nanti orang igt aku baik/alim lak,takyah la.
nak berniaga, pikir eh malu lak nak jual kat kawan2 sendiri.
nak update blog pun kalau boleh sorok2 tak nak bagi orang tertentu baca.
nak buat itu ini semua fikir "apa pandangan orang" (padahal orang tak teringin nak pandang pun)..haha.




tetiba pulak kn, macam dpt suntikan semangat baru hari ni..hee. ntah la..asalnya buka blog ni nak cari balik resipi kek batik..bila baca balik post2 lama, maka terhasil la entri ni...hee..ok la, dah jumpa resipi, nak pi dapur masak pulak. nanti kek batik tinggal resipi je, keknya tak ada. 



p/s: Salam Aidilfitri..moga Allah menerima amalan kita semua sepanjang Ramadhan ni :)









Tuesday, February 7, 2012

ありがとうございます。, miss NIE ♥!


بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم 

Assalammualaikum =)



one word : おいしい / Oishii !




p/s : even abg aku yang hard-to-please tu pun kata sedap. haha. ;)



Monday, January 30, 2012

rapid penang n feri,i'm gonna miss you.

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم 

 Assalammualaikum =)


penyakit malas nak online datang menyerang. nak bukak facebook pun malas, blog apatah lagi. kalau kat utm x pe la kot malas sebab line yang tak berapa nak 'sihat'. ni balik rumah laju kemain lagi line tenet (abg tukar dari streamyx ke unifi, dikatakan laju sampai bukak youtube takpayah buffering segala tapi bagi aku sama je, huhu!) tapi malas gak. tapi tak pe la, lagi bagus penyakit 'malas' ni menyerang, sebab kalau tak 12 jam straight bleh je duk mengadap laptop ni. abah pun perasan yang aku dah tak berapa nak online sangat sampai abah tegur "eh kakak sekarang ni dah tak online sampai tengah malam lepastu bangun lambat la".. huhu.. tak tau nak jawab apa. mungkin sekarang dah sedar yang online sampai lewat malam pastu bangun lambat tak ada faedah kot? n_n

ok ok, entri kali ni di-publish-kan khas buat 3 orang 'satu kepala' yang sama-sama 'menjelajah' pulau mutiara guna public transportation. haha. you know who you are. first aku nak ucap thanks bebanyak sebab tanpa hampa (dan izin-Nya,of course), tak tercapai la impian aku nak naik feri pejalan kaki ke sana. eh betul ke istilah aku ni? bukan la tak pernah naik feri, tapi sebelum ni naik feri dengan kereta sekali. teringin gak nak merasa naik feri pejalan kaki ni. huhu.

sebenarnya la kan, bila pikir-pikir balik, banyak gak yang aku belajar masa pengembaraan aritu. tapi tak sebanyak apa yang cik NIE belajar, dia siap boleh hafal lagi route rapid, bas no berapa nak ke mana.rajin sungguh dia buat background study. hehe. sekarang ni aku tau dah la yang naik feri kena guna duit syiling SAHAJA dan kalo nak tukar duit syiling kat kaunter tepi tuh, takpayah la beratur panjang-panjang, cukup la sorang ja member beratur, tukar sekali harung duit kertas tuh. haha. malu tak abeh lagi aku kat abg jaga kaunter tuh. macam ke apa lagi tiga-tiga orang ulang beratur. mesti muka masing-masing toya habis masa tu. :D yang cik LAYHA pun satu, bukannya nak briefing dulu cara-cara nak bayar. ada ke patut tinggalkan kami terkontang-kanting kat kaunter tukaq syiling tu. nasib la tak kena tinggal dek feri. haha.

then, apa yang aku belajar adalah erti sabar dan syukur. kena banyak sabar kot panas-panas sesak-sesak naik bas. berdiri selit-selit la kat ruang yang ada dalam bas. bersyukur sebab selama ni pi mana-mana senang ja. bagitau abah kata nak keluaq, ok abah hantaq lepastu makcik na amek. boleh ja kalau nak pi penang ni minta abah tolong hantarkan, tapi sampai bila nak kena berantaq berambik. sekali sekala kena belajar la jugak naik bas. berdikari lah katakan. tapi ni pun tak berapa reti lagi kot, sebab ada cik NIE dan cik LAYHA. aku dengan cik AUNI ikut je la depa decide nak naik bas apa. kalo ikut aku mau sampai ke tanjung bungah (ada ka bas ke situ? haha) lagi satu important thing yang aku dapat ialah 'never assume.ASK' .. padahal pernah ja buat status fb guna ayat ni, tapi tak aplikasi pun kan masa nak naik teksi malam tu. kalo la kita tanya awal-awal, tah pukul 8 dah bleh naik teksi pi jeti. ni boleh pulak kan tunggu pakcik teksi merah macam ayam berak kapur. tah-tah pakcik tu tengah hepi ja shopping dalam tesco tu. haha. tapi tu la, Allah dah tentukan. kalo tak, kita tak naik la teksi biru malam tu kan? :P

dan sehari lepas 'pengembaraan' aritu, aku nak buat postmortem la konon kat inbox fb, tapi tak jadi plak. nak tanya ada sapa-sapa kena marah tak sebab balik lambat. tapi ya la kan, bukan sengaja balik lambat. tunggu teksi dah sejam, feri lagi. dan bagi aku, rasanya macam dah takmau dah kot jelajah penang naik public transport. serik pun ada. haha. so lepas ni, kalau nak jalanjalan lagi kat penang, better ada someone yang boleh bawak kereta la kot (dengan cekap, aku dah taknak 'sakit jantung' sebab risau kot nanti ada terlanggar sapa-sapa) .. ni masing-masing gaya je ada lesen tapi semuanya last bawak masa test JPJ. haha. haru sungguh .




 p/s : sapa la antara kita 3 orang yang bawak kereta dulu ;P





Sunday, December 11, 2011

Kursus sembelihan pertama :)


بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم


Assalammualaikum  =)


Alhamdulillah..semalam buat pertama kalinya dalam hidup aku, aku merasa pengalaman sembelih ayam. kursus sembelihan ni salah satu daripada aktiviti Karnival Penghayatan Islam (KAPIS) under kelab BIKERS. mula-mula masa isi nama untuk kursus sembelihan ni, tak terfikir pun aku yang akan buat praktikal sembelih ni. niat mula2 nak tengok je orang lain yang sembelih. tapi, Allah bagi peluang kat aku untuk merasa pengalaman berharga ni. serius cakap, ni first time aku tengok ayam kena sembelih depan mata. dulu kat sekolah n kat matrik, tak ada praktikal sembelihan. masa mula-mula tengok ustaz demo untuk ayam yang pertama, terus cakap kat Mya, aku taknak sembelih, pegang ayam yang nak disembelih pun taknak. nak tengok dari tepi je. takut. tapi, last-last, buat jugak. dan berjaya, alhamdulillah :) 





p/s : langit malam tadi sangat indah,subhanallah! 



 

Monday, November 21, 2011

thank you! =)

Assalammualaikum & hi =)



Assalammualaikum :) warm hello to blogspot.com. dah lama gila kan tak update. member-member yang lain, yang dulunya bo layan blogger-blogger ni lagi rajin mengupdate cerita masing-masing. hehe, tapi lama-lama aku pun tak la sampai setahun lagi kan? ;) last time tulis, masa tu aku still tak masuk U lagi. sekarang ni, alhamdulillah dah sebulan lebih bergelar mahasiswa U. ceh, ayat skema habis kan. macam-macam rasanya nak story kat sini. bukannya sibuk sampai tak ada masa nak update, ada ja time nak bukak facebook 2 3 jam pun tapi tu la, malas adalah penyakit yang susah diubati. huhu. kadang-kadang tu, terbit la jugak dalam kepala ni, ayat-ayat yang nak ditulis dalam blog, tapi bila dah bukak ja laptop, tah hilang kemana tah ayat-ayat tu. dan selama sebulan lebih ni, banyak yang aku belajar. macam-macam pengalaman baru yang aku dapat. 

salah satunya bila aku hilang kad matrik =.=' bayangkanlah, baru 2 minggu masuk UTM, dah hilang kad matrik. teruk kan? haha. tapi tu la, nak buat macam mana, bukan aku suka-suka buang tepi jalan. berdoa ada mamat hensem tolong kutip lepastu mai bagi, tu khayalan dongeng sinetron indonesia tu  ;) tapi ada sebab Allah takdirkan aku hilang kad matrik aku. dengan hilangnya kad matrik tu la, aku dah merasa berurusan dengan balai keselamatan UTM (harap-harap ni first n last la! kalau ada pun bukan sebab kena saman ), merasa la betapa lamanya menunggu giliran nak bayar denda di Pejabat Bendehari ( ramai IS yg baru daftar nak bayar yuran), kemudian terkejar-kejar nak buat kad baru di pejabat dalam HEMA. 2 minggu jugak la nak settlekan benda alah ni. tapi, yang paling penting, yang paling aku hargai ialah kesanggupan kawan-kawan yang menemani aku sepanjang proses tu :) maaf dan terima kasih sahabat! maaf, sebab kecuaian aku tu, ada insan yang terpaksa berjalan jauh berulang alik ke HEMA, ke Balai Keselamatan (walaupun naik bas,tetap jauh kan,sebab kena panjat 'bukit', hehe) ,terpaksa tunggu aku bayar duit denda di Pejabat Bendahari walaupun masa tu ada yang tengah sakit perut (tapi dalam sakit perut tu, sempat jugak la kan usha international student yang rupa-rupanya sama-sama satu kelas. hehe) eh jap, aku ada paksa ke atau aku minta tolong temankan aku? rasanya tak paksa kot. hehe. dan terima kasih juga atas sebab yang sama. 

Alhamdulillah, Allah beri aku peluang merasa erti kawan dikala susah dan senang. dan juga untuk seseorang yang ditakdirkan jauh dengan aku (jauh tak jauh, tetap saja tak dapat berjumpa tiap hari kan?) , terima kasih untuk segalanya. untuk kata-kata nasihat, kata-kata semangat, untuk masa yang aku curi semata-mata nak luahkan kesedihan aku tak boleh buat math, untuk sentiasa ada bila-bila masa yang aku perlukan. terima kasih sebab sentiasa memperingatkan dikala aku terlupa. atau bagitau sesuatu yang aku tak tahu. terima kasih Allah kerana mengurniakan aku sahabat-sahabat seperti ini :)



 

Saturday, July 23, 2011

doodle saya yang pertama ♥ !


Assalammualaikum & hi =)

Semalam,saja2 bw kat blog auni sebab dia baru update..rupa-rupanya auni pandai buat doodle..hehe..jeles kagum aku tau..aku tak reti la nak buat doodle2 ni..walaupun wan hazel ada buat tutorial cara nak buat doodle [klik sini] , tapi aku tetap noob gak tak reti nak buat..hehe..

"Newbie or noob is a slang term for a novice or newcomer, or somebody inexperienced in any profession or activity."

hah,amek kau..ada definition pasal noob lagi..haha..ok2,sambung..lepastu aku komen dekat entri auni minta dia buatkan satu doodle kat aku..tak kisah la rupa cam mana pun asalkan doodle la..lepas tu tak sampai brapa minit dia post kat wall fb aku cakap doodle aku dalam pembikinan..perghh,cayalah..laju je buat..padahal aku baru ja request..terharu aku..ye la,dah la tak bayar duit,main request je..hihihi..
haa,cun kan doodle yang auni buatkan utk aku..aku suka gila la sebab auni macam tau2 ja kan citarasa aku *bodek2*...hehehe.. ye la,antara sebab aku suka doodle ni :

#1 doodle ni pakai pashmina..satu hari nnt aku pn nak belajar pakai pashmina gak..
#2 doodle ni pakai baju polka dot..seyes aku memang tengah cari baju muslimah yg corak polka dot..
mcm ni..cun gilos.. *___*

ZA 87 A (MUSLIMAH T-SHIRT)
ada sapa2 nak sponsor aku ke??hehe.

#3 doodle ni tengah pegang buku civil engineering..kos yang aku amek dari sekolah teknik hinggalah ke matrik..sampai degree jugak,insyaAllah..



p/s : kepada auni,thanks sebab sudi buatkan satu doodle kat aku! =)


Sunday, July 17, 2011

bila aku dan dia tak ditakdirkan dapat sama U..

Assalammualaikum & hi =)

*nota kepala : tajuk entri seyes takbleh blah..haha*

hari ni baca2 komen member kmtk kat fesbuk,terjumpa la link ni..link belog fatin nurhaziqah,sama2 satu kmtk..aku kenal la sebab dia ni femes gak la kt kmtk..seorang yg aktif =) mybe dia x kenal aku kot..hehe..dalam satu entri tu,dia post senarai nama bdak2 kmtk dapat U mana..perghh,seyes rajin gila lah pi check satu2..dah la nak kena isi no i/c dgn no matrik...bukan sorang dua,ramai jugak la yg dia tlg check..bagus la sebab aku pun teringin gak nak tau bdk2 kmtk yang lain tu dapat mana..tapi perasaan sedih tu pun ada gak la sikit sebab someone yg aku minat dulu tu tak sama u dgn aku..baca betul2 ye..aku siap bold keyword penting..huhuhuu..tapi takpelah,kalau sama u pun bukannya boleh jumpa..tapi kemungkinan utk tersempak tu ada kan kalau sama2 satu u... *______*

frust abes baby ni..baby ni ye,bukan aku..hehe..


dah dah,merepek pulak aku..apa apa pun,tahniah sekali lagi kepada student2 kmtk yang berjaya menempatkan diri di universiti pilihan masing2..tak kisah la di universiti APEX ke,universiti penyelidikan ke apa ke janji dapat sambung..bagi yg tak berjaya,jgn tak buat rayuan pulak..mungkin ada tersilap dimana2 ke masa isi  permohonan upu dulu..yang penting,kena usaha..semoga semuanya berjaya lah dimana2 pun hampa/korang berada..


kredit to *fatin nurhaziqah* sebab bagi aku kopipes senarai nama ni..tenkiu =)




UTM :

MOHAMAD IHSAN BIN AHMAD ZAINURI
MOHAMAD ZAMIR BIN HASZAINUL
MOHAMMAD SHAHMI HAZIM B MOHD LATZFI
MOHD ARIF BIN MD ZAINURI
MOHD HAZWANDI BIN ISMAIL
MOHD KHAIRIL JOHARI BIN PARMON
MOHD SHAHRUL SYAZWAN BIN ROSDI
MUHAMMAD AMIRUL AMIN BIN RAZALI
KHAIRUL ZAHREEN BIN MOHD AROF
MUHAMMAD HAZIQ B HAMZAH
MUHAMMAD FAIZ BIN RUSLI
MUHAMMAD FAIZ ZULHILMI BIN ZAINAL ABIDIN
MUHAMMAD AZFAR AMIN BIN AHMAD MOKTHAR
MUHAMMAD ARIF BIN HASHIM
ABDUL MUHSIN BIN MOHAMAD NAZRI
ABDUL RAHIM BIN SHAR ANUAR
ABDUL RAZAK BIN OMAR
ADILLA BINTI AFINDI
AHMAD FADHLI BIN MOHAMMED FISOL
AIDIL NUR BIN JAMAL ABDUL NASIR
EMYNOR SHAFRIZAD BIN SEMEN
FARAH NURIZZATI BINTI MOHD ZAKI
HAIQAL BIN CHE ARIFF
HANIS SYAIRAH BT SAZALI
SYED MUHAMMAD UZAIR BIN SYED AMINUDDIN
UMI NADIAH BINTI ZAINAL ARIFFIN
WAN MOHAMAD AMIRUL BIN WAN MOHD ZAIN
WAN NUR AIN NABILAH BT WAN MOHD RIDZUAN
ZAKIAH BT KAMARUDDIN
NUR ALYA BINTI MOHAMMAD
NUR AMANINA BINTI MOHD SOBRI
NUR AQILAH SYAKIRAH BINTI ABD RAHMAN
NUR ATHIRAH BINTI ZAKARIA
NUR HANNANI BINTI IDERUS
NUR HIDAYAH BINTI MD YUSOF
NUR NADZIERAH BINTI ABD RAHIM
NURHAFIZAH BINTI NAJMI
NURHAZIMAH HUSNA BINTI SHOKRI
NURIYATU SYARIFAH BINTI MARJAN
NURLIYANA BINTI SAIPUL BAHRI
NURUL FAZILAH BT SAMSUDIN
NURUL SHAFIQAH NADIA BINTI ARIFFIN
NURUL SHUHADA BT HARUDDIN
NURUL 'ATIQAH BINTI AB RAZAK
QADRATUL ANIS BINTI FAISOL
SHAHRIL AZRAN BIN AZIZ
SITI SHAFIQAH BINTI MD KHAIRI
SOLEHAH BINTI OTHMAN
MUHAMMAD HUSAINI BIN MOHD ROBANI
MUHAMMAD KHAIRI BIN ADNAN
MUHAMMAD LUQMANUL HAKIM BIN ADNAN
MUHAMMAD SYAMMIL BIN NASARUDIN
MUHAMMAD ZARIF BIN ABD WAHAB
NABILA FARHANA BINTI JAMALUDIN
NADIAH BINTI ADNAN
NATASHA SYAHIRAH BINTI SHAARI
NOR ALIFAH ZAKIAH BINTI MD NOH
NOR AMIRA SYAKIRA BINTI MOHD NASRI
NUR ATIQAH BINTI MOHAINI
MUHAMAD FAHMIR BIN MUHAMAD FADZIL
MUHAMMAD SHAHRUL BIN AZAMAN
MUHAMMAD AIZUDDIN BIN ABD RAHMAN
KHAIRUNN NAJWA BINTI MOHAMAD SOPIAN
KU NUR AININA BINTI KU AZMAN
MISNIDA BT GUSNI





nota kaki : ramai gak bdk2 kmtk dapat utm ek...kalau panjang umur ada rezeki brjumpa la nnt kat sana..insyaAllah..



 

Saturday, July 16, 2011

result upu

Assalammualaikum & hi =)


Semalam 15 hb Julai adalah hari yang dinanti-nantikan buat budak-budak asasi/matrik..sebab semalam adalah hari result UPU keluar..tapi tak bagi aku..taktau la kenapa tapi aku tak rasa eksited pun nak check..lagipun semalam,aku masuk kerja awal..pukul 8 pagi dah cangak dekat jusco tuu..petang sikit baru aku check melalui sms..dan keputusannya alhamdulillah..aku dapat universiti yang aku nak..dan jurusan yang aku minat..tapi,sedih gak la sebab kawan baik aku tak dapat u yang sama..walaupun masih dalam satu negeri,tapi agak jauh jugak la..takpe,tu tak bermakna persahabatan akan putus macam tu ja..insyaAllah,kita akan sentiasa keep in touch ok ilha?dan buat rakan-rakan matrik yang lain xpecially ex-kmtk,tahniah ye..walau apapun keputusannya,di mana pun u yang kita dapat,bersyukur lah sebab Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik bagi kita. 







p/s: lepas ni,dah takleh balik umah selalu la sebab johor nun jauh di selatan sana..aiseh -__-"






 

Thursday, June 30, 2011

first time kerja ~~

Assalammualaikum & hi =)


Hari ni kan adalah hari pertama aku bekerja..mesti ada yang kata last-last minit baru nak kerja padahal habes matrix tengah bulan 4..aku tau la member lepasan matrix yg lain mesti dah ada ribu raban dalam bank sebab kerja start bulan 5 lepas habis matrix kan..nak buat macam mana,ni lah padah mengamalkan "bersenang-senang dahulu,bersusah-susah kemudian"..huhuhu..baru first day kerja,penat jugak la..padahal tak la teruk sangat kerja aku..stakat amek order,hantar makanan,kemas meja,lap meja..(ce teka aku keja apa,haha) tapi biasala orang tak pernah kerja kan..banyak la songehnya...pdn muka aku,huhu..tapi walau apa-apa pun,aku rasa bagus gak aku kerja ni..dapat belajar macam-macam..pengalaman tu yg penting sebenarnya..ni pun nasib aku baik jugak la tak jumpa lagi pelanggan yang cerewet..harap-harap tak jumpa la..masa aku tengah kerja tadi kan,sempat gak aku pikir,aku rasa best lagi stay up sampai pukul 3 sebab nak study daripada kerja ni..rasa bersyukur jugak la,at least aku ada lagi 4 tahun (insyaAllah) untuk sambung study berbanding orang lain yang sama umur macam aku tapi terpaksa bekerja sampai bila pun taktau sebab tak dapat peluang sambung belajar...lepas ni,aku tak doa dah "bila la nak habis belajaq nii,tak larat dah nak belajaq"...hahaha...k la,aku nak pi rest jap..nak meluangkan masa di rumah dengan sebaik mungkin..esok dan esok kena pi kerja pulak..dah takleh la celik-celik mata bukak laptop..hehe..




 

Sunday, June 26, 2011

girlss day out on friday .

Assalammualaikum & hi =)

Jumaat baru-baru ni adalah girls hangout day..dari pukul 10.30 pg sampai pukul 2 ptg..kami prefer keluar hari jumaat time2 macam tu sebab tak ramai sangat lelaki..bukan tak ada langsung sebab ada gak la sekor sorang dua org tiga empat org yg tak pi semayang gak.."cuti" ke apa ke taktau laa..


masa aku dgn ilha sampai pacific dalam pukul 10.30 lebih gak la,tak ramai orang pun..ya la,kedai-kedai kat pacific pun tak bukak lagi masa tu!yang ada pekerja nak bukak kedai + pak guard yang baru nak on suis escalator.. tak tau pulak aku yg pacific ni bukak lambat..kalau jaya jusco ke sunway carnival mall ke aku rasa bukak awal lagi kot..
Escalator

sebenarnya kami keluar ni saja-saja ja sebab dah lama gak tak keluar..semuanya duk hibernate dalam rumah ja menambah berat badan..konon-kononnya nak window shopping je la tapi bila dah namanya ke tempat shopping,mau tak beli apa2..dalam duk tak ada duit tu aku sempat gak la beli novel 'Sweet Sour' dan jugak sehelai pashmina..hehe  lagipun dah lama gak aku tak beli novel melayu..


popular tgh buat sale,buku ni aku beli RM 16.80 je..harga asal RM 21..diskaun 20% tu..tapi kena ada popular card la..kalau tak ada,less 10% je la..aku pun pinjam kad ilha ja sebab kad aku dah expired..hehe..pashmina tu plak RM 10..kalau tak satu RM 12,tapi aku n ilha beli sorang satu,so dapatlah 2 RM 20..bila nak pakai pun taktau lah..aku ni syok beli ja..nak melilitnya tak reti..

chocolate milk shake with bubblessss..RM 3.60 nih ~
ni first time aku beli minuman CoolBlog nih..sedap la jugak..tapi tak leh beli selalu sebab mahal gak air nih...tambah2 lak aku ni kedekut sket bab beli makanan macam nih..sanggup berlapar sebab nak jimat duit..haha..sekali skala nak merasa leh laa..


ilha dgn chocolate smoothiesnya & leha dgn set McDnya.
 benda terakhir yg kami bertiga beli sebelum balik..walaupun harganya agak mahal (semuanya aku kata mahal haha) tapi disebabkan ni first time jumpa hp strap versi plant vs zombi + semuanya adalah peminat game nih,maka kami bertiga sepakat beli sorang satu buat koleksi...

zombi : leha / wallnut : trah / sunflower : ilha

maka tamatlah sudah ceritera aku keluar jenjalan pada suatu hari yang permai lagi indahh...(mcm nama sekolah rndah+menengah aku jaa nih) sekian , t.kasih .



 

Saturday, June 25, 2011

first time menang hadiah online ^__^

Assalammualaikum & hi =)

Tengahari tadi,encik posmen yg muka ala-ala shahir datang buat bising pon pon kat umah aku..aii,pelik gak aku..takkan barang aku kot..seingat aku,aku tak ada la pulak beli barang guna poslaju guna pos daftar ada la..tu pun tak sampai lagi sebab orang tu baru je pos brg aku tu..dlm hati aku duk kata mungkin abang aku kot sebab dia pun rajin gak beli barang online..tapi dia lagi kayoo,suka order barang dari obersea (aku shopping dalam mesia jaaa)..macam biasa,abah aku la yang selalu keluar amek barang yang kami order..tiap kali amek mesti bising2 kat posmen tu "apa lg laa yg depa ni order??"..hehe..


ternyata,rupa-rupanya barang yg sampai tu barang aku kot..  



sambil tertanya-tanya,aku bukak la sampul nih...bila dah bukak sampul ni baru aku ingat barang ni untuk apa...hadiah freebies aku dapat kot!bulan lepas aku ada join satu freebies..bukan kena buat entri ke apa ke,cuma kena hantar email je cakap nak hadiah ni..4 orang terawal yang hantar email je yang dapat..dan tak sangka aku adalah orang ke 4 yang hantar..hehe..rezeki2...alhamdulillah..ni first time kot aku dapat hadiah online..terharu jap ~ 


alhamdulillah,aku yg ke empat yg hantar email =)

ni lah hadiahnya ^__^

dapat hp strap love...sukaaaaa!
ni lak hadiah utamanya..sebuah notebook yg ada design bunga felt kat atas tu..


comey weyh..sila jgn jeles,hehe.


kepada miss dandelion kiss , sy dah terima hadiah saya..terima kasih ye sebab buat freebies tu dan terima kasih sebab hadiahkan sy notebook n hp strap yg comel lg cun ni ~



 

Tuesday, June 21, 2011

ice blended oreo in da house~~

Assalammualaikum & hi =)

Hai semua..hari ni aku nak kongsi satu resipi simple yang aku baru try petang tadi..tiba-tiba lak jadi rajin nak buat sebab bahan-bahan semuanya ada kat rumah..lagipun senang je nak buat ice blended nih ~~
(senang senang pun aku google gak cara nak buat iceblended nih,haha)




Ice Blended Oreo

Bahan-bahan ( 1 ~ 2 hidangan )

  • kiub ais
  • oreo
  • susu pekat
  • Milo
  • air masak

Cara-cara

  1. Mula-mula letak kiub ais hingga penuhi 1/4 blender (dlm 2 cawan).. Kemudian tuangkan sedikit air. jgn terlalu byk, nanti jadi cair sangat ice-blended tu.


 2.  Kemudian letak dlm 4 keping oreo yg sudah dipatah-patah jadi kepingan kecil ke dalam blender..boleh letak lebih kalau nak lebih rasa atau lebih manis.


3.  Tuang 2 sudu besar susu pekat dan 2 sudu besar Milo dlm blender...kemudian Blend lah sampai halus dan ais tak berketul. Tuang ke dalam gelas dan siap utk dihidang.    
                                         
-credit to here for this recipe-


tapi,aku tak ikut la sebijik resipi ni..dlm resipi nih oreo tu dia kata 4 kpg je,kalau nak lebih manis letak la lebih...aku lak letak 5 keping oreo so agak manis laa ice blended aku nih..nak bg lagi sedap la konon..huhu..tp lepastu aku tambah lak air masak bagi tak manis sgt..aku try gak letak dlm freezer,lg sedap kot bila mkn sejuk2..hmm,yummeh~



so sapa2 ada bekalan oreo dlm rumah tu leh la try buat ice blended nih..aku igt nak try wat oreo ciskek lak lepasni,resipi pun dah ada..cuma taktau rajin ke tak je nanti..hehe..kalau jadi,aku post la kat sini..k bye!





p/s : resipi tu aku copy paste dari [sini]
p/s/s:credit to [sini] utk tutorial scrollbox diatas =)


 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...