♥~Followers~♥

Monday, November 21, 2011

thank you! =)

Assalammualaikum & hi =)



Assalammualaikum :) warm hello to blogspot.com. dah lama gila kan tak update. member-member yang lain, yang dulunya bo layan blogger-blogger ni lagi rajin mengupdate cerita masing-masing. hehe, tapi lama-lama aku pun tak la sampai setahun lagi kan? ;) last time tulis, masa tu aku still tak masuk U lagi. sekarang ni, alhamdulillah dah sebulan lebih bergelar mahasiswa U. ceh, ayat skema habis kan. macam-macam rasanya nak story kat sini. bukannya sibuk sampai tak ada masa nak update, ada ja time nak bukak facebook 2 3 jam pun tapi tu la, malas adalah penyakit yang susah diubati. huhu. kadang-kadang tu, terbit la jugak dalam kepala ni, ayat-ayat yang nak ditulis dalam blog, tapi bila dah bukak ja laptop, tah hilang kemana tah ayat-ayat tu. dan selama sebulan lebih ni, banyak yang aku belajar. macam-macam pengalaman baru yang aku dapat. 

salah satunya bila aku hilang kad matrik =.=' bayangkanlah, baru 2 minggu masuk UTM, dah hilang kad matrik. teruk kan? haha. tapi tu la, nak buat macam mana, bukan aku suka-suka buang tepi jalan. berdoa ada mamat hensem tolong kutip lepastu mai bagi, tu khayalan dongeng sinetron indonesia tu  ;) tapi ada sebab Allah takdirkan aku hilang kad matrik aku. dengan hilangnya kad matrik tu la, aku dah merasa berurusan dengan balai keselamatan UTM (harap-harap ni first n last la! kalau ada pun bukan sebab kena saman ), merasa la betapa lamanya menunggu giliran nak bayar denda di Pejabat Bendehari ( ramai IS yg baru daftar nak bayar yuran), kemudian terkejar-kejar nak buat kad baru di pejabat dalam HEMA. 2 minggu jugak la nak settlekan benda alah ni. tapi, yang paling penting, yang paling aku hargai ialah kesanggupan kawan-kawan yang menemani aku sepanjang proses tu :) maaf dan terima kasih sahabat! maaf, sebab kecuaian aku tu, ada insan yang terpaksa berjalan jauh berulang alik ke HEMA, ke Balai Keselamatan (walaupun naik bas,tetap jauh kan,sebab kena panjat 'bukit', hehe) ,terpaksa tunggu aku bayar duit denda di Pejabat Bendahari walaupun masa tu ada yang tengah sakit perut (tapi dalam sakit perut tu, sempat jugak la kan usha international student yang rupa-rupanya sama-sama satu kelas. hehe) eh jap, aku ada paksa ke atau aku minta tolong temankan aku? rasanya tak paksa kot. hehe. dan terima kasih juga atas sebab yang sama. 

Alhamdulillah, Allah beri aku peluang merasa erti kawan dikala susah dan senang. dan juga untuk seseorang yang ditakdirkan jauh dengan aku (jauh tak jauh, tetap saja tak dapat berjumpa tiap hari kan?) , terima kasih untuk segalanya. untuk kata-kata nasihat, kata-kata semangat, untuk masa yang aku curi semata-mata nak luahkan kesedihan aku tak boleh buat math, untuk sentiasa ada bila-bila masa yang aku perlukan. terima kasih sebab sentiasa memperingatkan dikala aku terlupa. atau bagitau sesuatu yang aku tak tahu. terima kasih Allah kerana mengurniakan aku sahabat-sahabat seperti ini :)



 

6 bar darkchoc lah !:

N.I.E said... BALAS

at last!
haha.
really nice writing.
terharu n tergaru :D

layha-banderz said... BALAS

hahha,,terasa ak bab sakit perut 2..hahha...tp terbaek la..~~

misstrah said... BALAS

@N.I.E

dah lama tulis,baru skrg sempat update. (^^,)v

misstrah said... BALAS

@layha-banderz

hehe..sapa lg yg sakit perut msa tuu. :D

puteri malaya said... BALAS

hahhaha.. CATAt REKOD der!!!

misstrah said... BALAS

@puteri malaya

tau x pa atte..baru masuk dah cipta rekod hilang kad mtrik =.="

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...