♥~Followers~♥

Thursday, July 23, 2015

cheesekut raya tak perlu bakar

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم 


Assalammualaikum =)


Selamat hari raya aidilfitri semua :) taqobbalallah minna waminkum taqobbal ya kareem..hari ni tak ada gambar raya untuk dishare, cuma ada gambar cheesekut utk tatapan. kalau ditengok rupanya, agak menawan *perasan sendiri,hee* tapi rasanya tak sesedap yg aku pernah beli dulu T_T..tp aku tahu kenapa..resipi ni tak berapa menjadi sebenarnya disebabkan aku tak ikut resipi yg diberi pun..haha..ni la padahnya bila tak ikut resipi..bajet pro padahal amatur :D resipi cheesekut ni dah banyak sebenarnya org share disebabkan kesedapan dan tahap kesenangan nak buatnya..percayalah resipi no-bake aka tak-perlu-bakar-guna-oven ni memang menjadi kegemaran ramai termasuklah aku..hee.


sebelum buat ni, aku ada blogwalk stalk beberapa blog resipi..tp laptop tetiba hang jd tak sempat disave page mana..sempat salin resipi tapi tak ingat sumbernya..ampunn ye..minta halal kt tuan resipi yg share resipi ni..tapi seperti yg dinyatakan sebelumnya, aku tak ikut sepenuhnya pun step atau bahan yg digunakan..ada yg aku tanya cik NIE, sebab dia dah pernah buat..apapun takpelah..ni cubaan pertama org kata..gagal sekali tak bermakna gagal selamanya ye tak? haha..insyaAllah nanti aku try lagi..kalau ada update tu maknanya berjaya la cheesekut aku tu..hee



Bahan2:

-  250 gm cream cheese Tatura @ Philadelphia
-  1 kotak kecik susu full cream
- 1 paket biskut kering (guna yg HupSeng tu je xpe)
-  4-5 sudu besar gula aising  *ikut nak manis ke x
-  Nestum/milo utk tabur atas cheesekut


Cara2:

1.  Pukul cream cheese + gula sampai kembang guna mixer..dlm resipi lain ada yg guna blender je..tak kisah asalkan dia sebati bersama
2.  Masukkan susu sikit demi sedikit..tengok la kalau pekat sgt tambah lagi susu..pukul lagi..
3.  Agak2 kelikatannya macam yogurt (tak terlalu cair tak terlalu pekat), boleh dah stop mixer..
4.  Celup biskut dlm susu, kemudian susun cantik2 dlm loyang 4segi..bulat pon boleh~ ni utk layer paling bawah.
5.  Kemudian, lapiskan dengan cream cheese tadi..buat tebal2 takpe biar tak nampak biskut..jgn nipis2, nnt tak rasa kelemakkan cheese tuu.
6.  Celup biskut dlm susu, susun atas cream cheese dan ulang lah sampai cream cheese tu habis ataupun biskut yg habis..ikutlah nak tebal mana cheesekut korg ni..
7.  Letak dlm peti ais..pastu siap! alhamdulillah, boleh jamu kat org dah.



1 layer cream cheese..pekat sgt, lepastu aku pukul balik + tambah susu


layer yg kedua setelah diadjust cream cheese..nmpk cair sikit berbanding td



hensem kan cheesekut aku? haha



first trial ni, cream cheese aku pekat sgt, tak ala2 yogurt mcm cik NIE pesan..bila nak lapis atas biskut, dia cm pekat sgt..tak boleh nak sapu tebal2..tak terasa sgt cheese, rasa biskut je T_T pastu tak manis (aku suka manis2)..atas tu aku tabur nestum 3 in 1..lain kali nak tabur milo ke..bagi rasa coklat sikit..ok,sekian laporan dari budak baru belajar ^-^




Thursday, July 16, 2015

its already 29th ramadhan..and i'm back :)

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم 

 Assalammualaikum =)



Kali terakhir update blog, 18 Februari 2012..3 tahun yang lepas..masa tu, baru first year kat UTM..hari ni, 16 Julai 2015..3 tahun lebih dah..dan, sekarang, aku dah habis belajar pun kat UTM..cuma belum official lagi la..tak ada transkrip lagi..result final baru2 ni pun tak keluar lagi..hee..dan hari ni juga, 29 Ramadhan..ya, Ramadhan terakhir tahun ni T_T  


sekejap sangat masa berlalu kan..dan masa yang berlalu, taktahu banyak guna untuk benda bermanfaat ataupun sebaliknya..rindu sebenarnya, nak menulis kat blog..sejak masuk UTM, dah tak banyak masa nak update..dan tak tahu apa yg nak diceritakan..macam-macam yg berlaku sepanjang 3 tahun lebih menyepi..


rindu juga, pada diri sendiri yang dulu..sekilas pandang, nampak macam tak ada apa yg berubah..tapi sebenarnya, banyak perubahan yg berlaku..sedar ataupun tak..dan kerinduan pada diri sendiri zaman dulu kala, bukan bermakna rindu zaman jahiliyyah tu dari segi pemakaian dan ada la beberapa aspek lagi yg tak-mematuhi-piawaian-agama, tapi lebih kepada personaliti diri yang dulu.






mungkinkah Athirah yang di'bentuk' 4 tahun di UTM supaya lebih berkeyakinan, lebih kehadapan, lebih sifat kepimpinan dan lebih lain2 lagi la, menjadi semakin peduli akan kata2 di sekeliling? lantas menjadikan dia berfikir banyak kali sebelum buat sesuatu, atau erti lainnya risau orang-kata-apa-nanti dan terus tak jadi nak buat sesuatu (baca sesuatu ni sebagai satu pekerjaan yg positif, tak kisahla apapun). adui la kan, sengaja menyusahkan diri fikir APA KATA ORANG..walaupun tahu je, orang tetap akan berkata, mengata, katakan, tak kira la apapun awak buat. baik ke jahat ke. penyakit "low self-esteem" kot aku ni. huu.


nak post pasal benda baik, pikir eh nanti orang igt aku baik/alim lak,takyah la.
nak berniaga, pikir eh malu lak nak jual kat kawan2 sendiri.
nak update blog pun kalau boleh sorok2 tak nak bagi orang tertentu baca.
nak buat itu ini semua fikir "apa pandangan orang" (padahal orang tak teringin nak pandang pun)..haha.




tetiba pulak kn, macam dpt suntikan semangat baru hari ni..hee. ntah la..asalnya buka blog ni nak cari balik resipi kek batik..bila baca balik post2 lama, maka terhasil la entri ni...hee..ok la, dah jumpa resipi, nak pi dapur masak pulak. nanti kek batik tinggal resipi je, keknya tak ada. 



p/s: Salam Aidilfitri..moga Allah menerima amalan kita semua sepanjang Ramadhan ni :)









Saturday, February 18, 2012

penang kata pi,johor kata mai .


بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم 

 Assalammualaikum =)


Malam ni adalah malam terakhir aku kat rumah.. huhuu TT__TT sapa tak sedih weyh nak kena tinggalkan rumah terchenta ini untuk kembali jauhh di selatan sana bagi meneruskan perjuangan yang baru bermula TT___TT  7 sem to go..7 sem lg insyaAllah ~ 

tapi apaapapun la kan, belajar lagi best dari kerja ayam penyet . *tetiba semangat*

tapi kan, bila ingat balik ada benda yang tunggu kat sana, jatuh terduduk balik semangat @_@ 
Ya Allah, permudahkanlah urusan hambaMu ini TT__TT



waiting : 
mega'11
kph'12
prog anak yatim'12
utm games'12

dah settle :
20 minit kek batik bersama misstrah (dgn bantuan 2 chef import!) 

















p/s :  no more 30 minit Ust Don! nak astro please TT__TT


Thursday, February 16, 2012

Checklist Wanita Untuk Mengelakkan Sindrom Tidak Berseluar

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم 

 Assalammualaikum =)


Sebelum keluar rumah pi Jusco ataupun Queensbay ataupun ke kedai runci pak ali, meh le kita buat checklist ni dulu ye (untuk wanita sahaja ok!) =)

<i>some_text</i>


sumber : 


p/s : part bawah sekali " ok! tapi jangan lupa pakai ..."  tu lawak ok. haha.


Wednesday, February 15, 2012

Ebook Percuma Fardhu Ain =)


بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم

 Assalammualaikum =)


Jumpa masa tengah blogwalking. terus download buat rujukan masa hadapan  =)
 tajuk-tajuk dalam e-book ni :
1-Taharah (Bersuci)
2-Jenis-Jenis bersuci.
3-Istinjak
4-Hukum Qada Hajat
5-Hikmah Bersuci
6-Najis dan jenis-jenisnya
7-Jenis-jenis Air
8-Wudhu
9-Tayamum
10-Mandi Wajib & Sunat
11-Takrif Solat
12-Rukun Solat
13-Sunat Hai’ah & Ab’adh
14-Solat Berjemaah
15-Masbuq
16-Istikhlaf
17-Sujud Sahwi
18-Sujud Sajadah-Tilawah



sapa nak download bleh ke {sini} . free of charge ok :)


Wordless Wednesday # 3

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم 

 Assalammualaikum =)





























02122011:2109
8 sekawan:perpaduan dan transformasi minda
Stadium UTM
06012012:1524_edit



Tuesday, February 14, 2012

Tentang Kebaikan


بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم 

 Assalammualaikum =)


Ambillah kebaikan dari orang yang mempunyai kebaikan dan tinggalkanlah keburukan yang ada pada orang yang mempunyai keburukan.

Latihlah diri kita untuk membalas dengan kebaikan kepada orang-orang yang telah berbuat keburukan kepada kita.

Belajarlah menahan diri dari selalu ingin melihat jasa dan kebaikan sendiri. Orang yang ikhlas itu bijak menyembunyikan kebaikannya sebagaimana dia menyembunyikan keburukannya.

Tidak ada sesuatu yang lebih baik daripada akal yang diperindah dengan ilmu, ilmu dengan kebenaran, kebenaran dengan kebaikan, dan kebaikan dengan taqwa.

Orang yang beriman itu mempunyai upaya untuk mengajak kepada kebaikan, mengajak kepada perkara-perkara yang akan mendekatkan kepada Allah dan melarang dari perbuatan yang tidak disukai Allah.




sumber : {klik sini}



Thursday, February 9, 2012

lagi gambar ICF '11.


بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم 

 Assalammualaikum =)


 untuk cerita disebalik ICF '11 , ada kat blog layha :)


Info penting (?) :
tukang tangkap gambar : tuan kamera & salah satu krew (maap terlupa nama)
model kamera : cabuk je, bukan DSLR
edit guna : PhotoScape













sekian terima kasih. 

さよなら。!



Wednesday, February 8, 2012

antara fakta dan auta

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم 

 Assalammualaikum =)


Bosan taktau nak buat apa, aku jawab la personality test dalam laman web ni --> blogthings
dari keputusan2 test yang aku jawab tu ada la kot yang nak sama dengan diri sendiri. huhu.
ada gak yang ngarut (ke aku yang taknak terima kenyataan? haha)
tapi benda ni saja je syok2, bukan leh percaya sangat sebab yang reka test ni pun bukannya expert. ni antara result test yang aku buat, yang buat monolog dalaman aku berkata, "eh, aah la" . haha.



You See Love as Deep

You trust others without abandon. You know it's important to take that leap of faith.
You know that love isn't easy for any of us, but you keep trying. You never give up hope.

You have a quiet serenity and spirituality. You find meaning in so much of this world.
You believe in soul mates and true love. You take love as seriously as it deserves to be taken.

komen >> err,betul la kot.cinta tu bukan macam tukar baju. lagipun it's not time yet ^_^




You Are Optimistic

Whenever choosing between two options, you go for whatever is the boldest and brightest. You have panache. You go at everything in your life full force. You are a natural gambler. 

You are gregarious. You find it easy to connect with people, and you often become instant friends with strangers. You are easily awed by the world. There's so much out there to inspire, delight, and tickle you. 

komen >> ok, ni kena google dulu maksud panache dan gregarious. tapi part you often become instant friends with strangers tu betul la sebab aku ni boleh dikatakan peramah la jugak. (walaupun cikgu fiza cakap muka aku ni macam tak ada perasaan. huhuu T_T)





Relaxation Feels Like Home to You

You believe that your home should be your sanctuary. Life is stressful enough in the outside world. You take it easy when you're at home. It's the place where you feel like you can truly be yourself.

You are the type of person who has deep hobbies and interests. You treasure your alone time. You could spend all day at home if you had to. You always can find plenty to do around the house. 

komen >> aha! betul sangat la nih. sebab tu aku boleh duk di rumah seminggu tak online. haha.



A Home Is…



p/s : sebenarnya ada lagi 2 3 quiz yang aku jawab. nanti la aku post part II punya. ;P



Wordless Wednesday #2

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم 

 Assalammualaikum =)









03122011:0903
International Culture Fiesta 2011
Bus stop KDOJ,UTM
06012012:1541_edit



Tuesday, February 7, 2012

ありがとうございます。, miss NIE ♥!


بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم 

Assalammualaikum =)



one word : おいしい / Oishii !




p/s : even abg aku yang hard-to-please tu pun kata sedap. haha. ;)



Wednesday, February 1, 2012

Wordless Wednesday #1

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم 

 Assalammualaikum =)


p/s : not so wordless la kan. heh.



Monday, January 30, 2012

rapid penang n feri,i'm gonna miss you.

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم 

 Assalammualaikum =)


penyakit malas nak online datang menyerang. nak bukak facebook pun malas, blog apatah lagi. kalau kat utm x pe la kot malas sebab line yang tak berapa nak 'sihat'. ni balik rumah laju kemain lagi line tenet (abg tukar dari streamyx ke unifi, dikatakan laju sampai bukak youtube takpayah buffering segala tapi bagi aku sama je, huhu!) tapi malas gak. tapi tak pe la, lagi bagus penyakit 'malas' ni menyerang, sebab kalau tak 12 jam straight bleh je duk mengadap laptop ni. abah pun perasan yang aku dah tak berapa nak online sangat sampai abah tegur "eh kakak sekarang ni dah tak online sampai tengah malam lepastu bangun lambat la".. huhu.. tak tau nak jawab apa. mungkin sekarang dah sedar yang online sampai lewat malam pastu bangun lambat tak ada faedah kot? n_n

ok ok, entri kali ni di-publish-kan khas buat 3 orang 'satu kepala' yang sama-sama 'menjelajah' pulau mutiara guna public transportation. haha. you know who you are. first aku nak ucap thanks bebanyak sebab tanpa hampa (dan izin-Nya,of course), tak tercapai la impian aku nak naik feri pejalan kaki ke sana. eh betul ke istilah aku ni? bukan la tak pernah naik feri, tapi sebelum ni naik feri dengan kereta sekali. teringin gak nak merasa naik feri pejalan kaki ni. huhu.

sebenarnya la kan, bila pikir-pikir balik, banyak gak yang aku belajar masa pengembaraan aritu. tapi tak sebanyak apa yang cik NIE belajar, dia siap boleh hafal lagi route rapid, bas no berapa nak ke mana.rajin sungguh dia buat background study. hehe. sekarang ni aku tau dah la yang naik feri kena guna duit syiling SAHAJA dan kalo nak tukar duit syiling kat kaunter tepi tuh, takpayah la beratur panjang-panjang, cukup la sorang ja member beratur, tukar sekali harung duit kertas tuh. haha. malu tak abeh lagi aku kat abg jaga kaunter tuh. macam ke apa lagi tiga-tiga orang ulang beratur. mesti muka masing-masing toya habis masa tu. :D yang cik LAYHA pun satu, bukannya nak briefing dulu cara-cara nak bayar. ada ke patut tinggalkan kami terkontang-kanting kat kaunter tukaq syiling tu. nasib la tak kena tinggal dek feri. haha.

then, apa yang aku belajar adalah erti sabar dan syukur. kena banyak sabar kot panas-panas sesak-sesak naik bas. berdiri selit-selit la kat ruang yang ada dalam bas. bersyukur sebab selama ni pi mana-mana senang ja. bagitau abah kata nak keluaq, ok abah hantaq lepastu makcik na amek. boleh ja kalau nak pi penang ni minta abah tolong hantarkan, tapi sampai bila nak kena berantaq berambik. sekali sekala kena belajar la jugak naik bas. berdikari lah katakan. tapi ni pun tak berapa reti lagi kot, sebab ada cik NIE dan cik LAYHA. aku dengan cik AUNI ikut je la depa decide nak naik bas apa. kalo ikut aku mau sampai ke tanjung bungah (ada ka bas ke situ? haha) lagi satu important thing yang aku dapat ialah 'never assume.ASK' .. padahal pernah ja buat status fb guna ayat ni, tapi tak aplikasi pun kan masa nak naik teksi malam tu. kalo la kita tanya awal-awal, tah pukul 8 dah bleh naik teksi pi jeti. ni boleh pulak kan tunggu pakcik teksi merah macam ayam berak kapur. tah-tah pakcik tu tengah hepi ja shopping dalam tesco tu. haha. tapi tu la, Allah dah tentukan. kalo tak, kita tak naik la teksi biru malam tu kan? :P

dan sehari lepas 'pengembaraan' aritu, aku nak buat postmortem la konon kat inbox fb, tapi tak jadi plak. nak tanya ada sapa-sapa kena marah tak sebab balik lambat. tapi ya la kan, bukan sengaja balik lambat. tunggu teksi dah sejam, feri lagi. dan bagi aku, rasanya macam dah takmau dah kot jelajah penang naik public transport. serik pun ada. haha. so lepas ni, kalau nak jalanjalan lagi kat penang, better ada someone yang boleh bawak kereta la kot (dengan cekap, aku dah taknak 'sakit jantung' sebab risau kot nanti ada terlanggar sapa-sapa) .. ni masing-masing gaya je ada lesen tapi semuanya last bawak masa test JPJ. haha. haru sungguh .




 p/s : sapa la antara kita 3 orang yang bawak kereta dulu ;P





Monday, December 26, 2011

Sorry for everything T_T

Assalammualaikum & hi =)




  (via http://www.staypositive.me/ )





T__T




 

Sunday, December 11, 2011

Kursus sembelihan pertama :)


بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم


Assalammualaikum  =)


Alhamdulillah..semalam buat pertama kalinya dalam hidup aku, aku merasa pengalaman sembelih ayam. kursus sembelihan ni salah satu daripada aktiviti Karnival Penghayatan Islam (KAPIS) under kelab BIKERS. mula-mula masa isi nama untuk kursus sembelihan ni, tak terfikir pun aku yang akan buat praktikal sembelih ni. niat mula2 nak tengok je orang lain yang sembelih. tapi, Allah bagi peluang kat aku untuk merasa pengalaman berharga ni. serius cakap, ni first time aku tengok ayam kena sembelih depan mata. dulu kat sekolah n kat matrik, tak ada praktikal sembelihan. masa mula-mula tengok ustaz demo untuk ayam yang pertama, terus cakap kat Mya, aku taknak sembelih, pegang ayam yang nak disembelih pun taknak. nak tengok dari tepi je. takut. tapi, last-last, buat jugak. dan berjaya, alhamdulillah :) 





p/s : langit malam tadi sangat indah,subhanallah! 



 

Tuesday, November 22, 2011

even it is only 5 inch different,it ain't easy.

Assalammualaikum & hi =)



Doakan semoga diri ini terus istiqamah dalam melaksanakannya. =)




p/s : entri ini-->[klik] banyak membantu menaikkan semangat yang pada mulanya malap. ^__^




 

Monday, November 21, 2011

thank you! =)

Assalammualaikum & hi =)



Assalammualaikum :) warm hello to blogspot.com. dah lama gila kan tak update. member-member yang lain, yang dulunya bo layan blogger-blogger ni lagi rajin mengupdate cerita masing-masing. hehe, tapi lama-lama aku pun tak la sampai setahun lagi kan? ;) last time tulis, masa tu aku still tak masuk U lagi. sekarang ni, alhamdulillah dah sebulan lebih bergelar mahasiswa U. ceh, ayat skema habis kan. macam-macam rasanya nak story kat sini. bukannya sibuk sampai tak ada masa nak update, ada ja time nak bukak facebook 2 3 jam pun tapi tu la, malas adalah penyakit yang susah diubati. huhu. kadang-kadang tu, terbit la jugak dalam kepala ni, ayat-ayat yang nak ditulis dalam blog, tapi bila dah bukak ja laptop, tah hilang kemana tah ayat-ayat tu. dan selama sebulan lebih ni, banyak yang aku belajar. macam-macam pengalaman baru yang aku dapat. 

salah satunya bila aku hilang kad matrik =.=' bayangkanlah, baru 2 minggu masuk UTM, dah hilang kad matrik. teruk kan? haha. tapi tu la, nak buat macam mana, bukan aku suka-suka buang tepi jalan. berdoa ada mamat hensem tolong kutip lepastu mai bagi, tu khayalan dongeng sinetron indonesia tu  ;) tapi ada sebab Allah takdirkan aku hilang kad matrik aku. dengan hilangnya kad matrik tu la, aku dah merasa berurusan dengan balai keselamatan UTM (harap-harap ni first n last la! kalau ada pun bukan sebab kena saman ), merasa la betapa lamanya menunggu giliran nak bayar denda di Pejabat Bendehari ( ramai IS yg baru daftar nak bayar yuran), kemudian terkejar-kejar nak buat kad baru di pejabat dalam HEMA. 2 minggu jugak la nak settlekan benda alah ni. tapi, yang paling penting, yang paling aku hargai ialah kesanggupan kawan-kawan yang menemani aku sepanjang proses tu :) maaf dan terima kasih sahabat! maaf, sebab kecuaian aku tu, ada insan yang terpaksa berjalan jauh berulang alik ke HEMA, ke Balai Keselamatan (walaupun naik bas,tetap jauh kan,sebab kena panjat 'bukit', hehe) ,terpaksa tunggu aku bayar duit denda di Pejabat Bendahari walaupun masa tu ada yang tengah sakit perut (tapi dalam sakit perut tu, sempat jugak la kan usha international student yang rupa-rupanya sama-sama satu kelas. hehe) eh jap, aku ada paksa ke atau aku minta tolong temankan aku? rasanya tak paksa kot. hehe. dan terima kasih juga atas sebab yang sama. 

Alhamdulillah, Allah beri aku peluang merasa erti kawan dikala susah dan senang. dan juga untuk seseorang yang ditakdirkan jauh dengan aku (jauh tak jauh, tetap saja tak dapat berjumpa tiap hari kan?) , terima kasih untuk segalanya. untuk kata-kata nasihat, kata-kata semangat, untuk masa yang aku curi semata-mata nak luahkan kesedihan aku tak boleh buat math, untuk sentiasa ada bila-bila masa yang aku perlukan. terima kasih sebab sentiasa memperingatkan dikala aku terlupa. atau bagitau sesuatu yang aku tak tahu. terima kasih Allah kerana mengurniakan aku sahabat-sahabat seperti ini :)



 

Sunday, August 14, 2011

SAYA NAK GA DARI KOREA DAN BANDUNG!

Assalammualaikum & hi =)

Salam..ok,dengan penuh kelam kabutnya aku menaip entri ni sebab takut tak sempat nak join sebab aku dah nak ke tempat kerja..huhu..sebenarnya dah lama aku ditag oleh akk dhieranotti tapi tak sempat kot nak buat..takpe dalam entri seterusnya aku story ok..so skrg meh kita tgk psl GA ni..

(klik gambar utk join)

Photobucket


nak tag :
cfaa
sha


 

Friday, July 29, 2011

bila anwar hadi bergabung dengan aiman azlan =)

Assalammualaikum & hi =)


lagu utk blog aku telah diubah dari autoplay ke sendiri tekan play kalau nak dengar sebab video2 dibawah..i loikeeee ~~


versi bahasa melayu



versi english



anwar hadi n aiman azlan : gabungan yg mantap!!
byk kali kot aku ulang video ni..
thumbs up to both of u guys ^__^





p/s I :ohh,bilalah leh jumpa dgn anwar hadi..haha..berangan jap *__*
p/s II : lagi 2 hari nak puasa..terasa cepat gila masa berlalu. -___-"



 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...