♥~Followers~♥

Showing posts with label utm. Show all posts
Showing posts with label utm. Show all posts

Thursday, July 16, 2015

its already 29th ramadhan..and i'm back :)

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم 

 Assalammualaikum =)



Kali terakhir update blog, 18 Februari 2012..3 tahun yang lepas..masa tu, baru first year kat UTM..hari ni, 16 Julai 2015..3 tahun lebih dah..dan, sekarang, aku dah habis belajar pun kat UTM..cuma belum official lagi la..tak ada transkrip lagi..result final baru2 ni pun tak keluar lagi..hee..dan hari ni juga, 29 Ramadhan..ya, Ramadhan terakhir tahun ni T_T  


sekejap sangat masa berlalu kan..dan masa yang berlalu, taktahu banyak guna untuk benda bermanfaat ataupun sebaliknya..rindu sebenarnya, nak menulis kat blog..sejak masuk UTM, dah tak banyak masa nak update..dan tak tahu apa yg nak diceritakan..macam-macam yg berlaku sepanjang 3 tahun lebih menyepi..


rindu juga, pada diri sendiri yang dulu..sekilas pandang, nampak macam tak ada apa yg berubah..tapi sebenarnya, banyak perubahan yg berlaku..sedar ataupun tak..dan kerinduan pada diri sendiri zaman dulu kala, bukan bermakna rindu zaman jahiliyyah tu dari segi pemakaian dan ada la beberapa aspek lagi yg tak-mematuhi-piawaian-agama, tapi lebih kepada personaliti diri yang dulu.






mungkinkah Athirah yang di'bentuk' 4 tahun di UTM supaya lebih berkeyakinan, lebih kehadapan, lebih sifat kepimpinan dan lebih lain2 lagi la, menjadi semakin peduli akan kata2 di sekeliling? lantas menjadikan dia berfikir banyak kali sebelum buat sesuatu, atau erti lainnya risau orang-kata-apa-nanti dan terus tak jadi nak buat sesuatu (baca sesuatu ni sebagai satu pekerjaan yg positif, tak kisahla apapun). adui la kan, sengaja menyusahkan diri fikir APA KATA ORANG..walaupun tahu je, orang tetap akan berkata, mengata, katakan, tak kira la apapun awak buat. baik ke jahat ke. penyakit "low self-esteem" kot aku ni. huu.


nak post pasal benda baik, pikir eh nanti orang igt aku baik/alim lak,takyah la.
nak berniaga, pikir eh malu lak nak jual kat kawan2 sendiri.
nak update blog pun kalau boleh sorok2 tak nak bagi orang tertentu baca.
nak buat itu ini semua fikir "apa pandangan orang" (padahal orang tak teringin nak pandang pun)..haha.




tetiba pulak kn, macam dpt suntikan semangat baru hari ni..hee. ntah la..asalnya buka blog ni nak cari balik resipi kek batik..bila baca balik post2 lama, maka terhasil la entri ni...hee..ok la, dah jumpa resipi, nak pi dapur masak pulak. nanti kek batik tinggal resipi je, keknya tak ada. 



p/s: Salam Aidilfitri..moga Allah menerima amalan kita semua sepanjang Ramadhan ni :)









Saturday, February 18, 2012

penang kata pi,johor kata mai .


بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم 

 Assalammualaikum =)


Malam ni adalah malam terakhir aku kat rumah.. huhuu TT__TT sapa tak sedih weyh nak kena tinggalkan rumah terchenta ini untuk kembali jauhh di selatan sana bagi meneruskan perjuangan yang baru bermula TT___TT  7 sem to go..7 sem lg insyaAllah ~ 

tapi apaapapun la kan, belajar lagi best dari kerja ayam penyet . *tetiba semangat*

tapi kan, bila ingat balik ada benda yang tunggu kat sana, jatuh terduduk balik semangat @_@ 
Ya Allah, permudahkanlah urusan hambaMu ini TT__TT



waiting : 
mega'11
kph'12
prog anak yatim'12
utm games'12

dah settle :
20 minit kek batik bersama misstrah (dgn bantuan 2 chef import!) 

















p/s :  no more 30 minit Ust Don! nak astro please TT__TT


Wednesday, February 15, 2012

Wordless Wednesday # 3

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم 

 Assalammualaikum =)





























02122011:2109
8 sekawan:perpaduan dan transformasi minda
Stadium UTM
06012012:1524_edit



Thursday, February 9, 2012

lagi gambar ICF '11.


بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم 

 Assalammualaikum =)


 untuk cerita disebalik ICF '11 , ada kat blog layha :)


Info penting (?) :
tukang tangkap gambar : tuan kamera & salah satu krew (maap terlupa nama)
model kamera : cabuk je, bukan DSLR
edit guna : PhotoScape













sekian terima kasih. 

さよなら。!



Wednesday, February 8, 2012

Wordless Wednesday #2

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم 

 Assalammualaikum =)









03122011:0903
International Culture Fiesta 2011
Bus stop KDOJ,UTM
06012012:1541_edit



Wednesday, February 1, 2012

Wordless Wednesday #1

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم 

 Assalammualaikum =)


p/s : not so wordless la kan. heh.



Monday, December 26, 2011

Sorry for everything T_T

Assalammualaikum & hi =)




  (via http://www.staypositive.me/ )





T__T




 

Sunday, December 11, 2011

Kursus sembelihan pertama :)


بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم


Assalammualaikum  =)


Alhamdulillah..semalam buat pertama kalinya dalam hidup aku, aku merasa pengalaman sembelih ayam. kursus sembelihan ni salah satu daripada aktiviti Karnival Penghayatan Islam (KAPIS) under kelab BIKERS. mula-mula masa isi nama untuk kursus sembelihan ni, tak terfikir pun aku yang akan buat praktikal sembelih ni. niat mula2 nak tengok je orang lain yang sembelih. tapi, Allah bagi peluang kat aku untuk merasa pengalaman berharga ni. serius cakap, ni first time aku tengok ayam kena sembelih depan mata. dulu kat sekolah n kat matrik, tak ada praktikal sembelihan. masa mula-mula tengok ustaz demo untuk ayam yang pertama, terus cakap kat Mya, aku taknak sembelih, pegang ayam yang nak disembelih pun taknak. nak tengok dari tepi je. takut. tapi, last-last, buat jugak. dan berjaya, alhamdulillah :) 





p/s : langit malam tadi sangat indah,subhanallah! 



 

Monday, November 21, 2011

thank you! =)

Assalammualaikum & hi =)



Assalammualaikum :) warm hello to blogspot.com. dah lama gila kan tak update. member-member yang lain, yang dulunya bo layan blogger-blogger ni lagi rajin mengupdate cerita masing-masing. hehe, tapi lama-lama aku pun tak la sampai setahun lagi kan? ;) last time tulis, masa tu aku still tak masuk U lagi. sekarang ni, alhamdulillah dah sebulan lebih bergelar mahasiswa U. ceh, ayat skema habis kan. macam-macam rasanya nak story kat sini. bukannya sibuk sampai tak ada masa nak update, ada ja time nak bukak facebook 2 3 jam pun tapi tu la, malas adalah penyakit yang susah diubati. huhu. kadang-kadang tu, terbit la jugak dalam kepala ni, ayat-ayat yang nak ditulis dalam blog, tapi bila dah bukak ja laptop, tah hilang kemana tah ayat-ayat tu. dan selama sebulan lebih ni, banyak yang aku belajar. macam-macam pengalaman baru yang aku dapat. 

salah satunya bila aku hilang kad matrik =.=' bayangkanlah, baru 2 minggu masuk UTM, dah hilang kad matrik. teruk kan? haha. tapi tu la, nak buat macam mana, bukan aku suka-suka buang tepi jalan. berdoa ada mamat hensem tolong kutip lepastu mai bagi, tu khayalan dongeng sinetron indonesia tu  ;) tapi ada sebab Allah takdirkan aku hilang kad matrik aku. dengan hilangnya kad matrik tu la, aku dah merasa berurusan dengan balai keselamatan UTM (harap-harap ni first n last la! kalau ada pun bukan sebab kena saman ), merasa la betapa lamanya menunggu giliran nak bayar denda di Pejabat Bendehari ( ramai IS yg baru daftar nak bayar yuran), kemudian terkejar-kejar nak buat kad baru di pejabat dalam HEMA. 2 minggu jugak la nak settlekan benda alah ni. tapi, yang paling penting, yang paling aku hargai ialah kesanggupan kawan-kawan yang menemani aku sepanjang proses tu :) maaf dan terima kasih sahabat! maaf, sebab kecuaian aku tu, ada insan yang terpaksa berjalan jauh berulang alik ke HEMA, ke Balai Keselamatan (walaupun naik bas,tetap jauh kan,sebab kena panjat 'bukit', hehe) ,terpaksa tunggu aku bayar duit denda di Pejabat Bendahari walaupun masa tu ada yang tengah sakit perut (tapi dalam sakit perut tu, sempat jugak la kan usha international student yang rupa-rupanya sama-sama satu kelas. hehe) eh jap, aku ada paksa ke atau aku minta tolong temankan aku? rasanya tak paksa kot. hehe. dan terima kasih juga atas sebab yang sama. 

Alhamdulillah, Allah beri aku peluang merasa erti kawan dikala susah dan senang. dan juga untuk seseorang yang ditakdirkan jauh dengan aku (jauh tak jauh, tetap saja tak dapat berjumpa tiap hari kan?) , terima kasih untuk segalanya. untuk kata-kata nasihat, kata-kata semangat, untuk masa yang aku curi semata-mata nak luahkan kesedihan aku tak boleh buat math, untuk sentiasa ada bila-bila masa yang aku perlukan. terima kasih sebab sentiasa memperingatkan dikala aku terlupa. atau bagitau sesuatu yang aku tak tahu. terima kasih Allah kerana mengurniakan aku sahabat-sahabat seperti ini :)



 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...