♥~Followers~♥

Thursday, July 16, 2015

its already 29th ramadhan..and i'm back :)

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم 

 Assalammualaikum =)



Kali terakhir update blog, 18 Februari 2012..3 tahun yang lepas..masa tu, baru first year kat UTM..hari ni, 16 Julai 2015..3 tahun lebih dah..dan, sekarang, aku dah habis belajar pun kat UTM..cuma belum official lagi la..tak ada transkrip lagi..result final baru2 ni pun tak keluar lagi..hee..dan hari ni juga, 29 Ramadhan..ya, Ramadhan terakhir tahun ni T_T  


sekejap sangat masa berlalu kan..dan masa yang berlalu, taktahu banyak guna untuk benda bermanfaat ataupun sebaliknya..rindu sebenarnya, nak menulis kat blog..sejak masuk UTM, dah tak banyak masa nak update..dan tak tahu apa yg nak diceritakan..macam-macam yg berlaku sepanjang 3 tahun lebih menyepi..


rindu juga, pada diri sendiri yang dulu..sekilas pandang, nampak macam tak ada apa yg berubah..tapi sebenarnya, banyak perubahan yg berlaku..sedar ataupun tak..dan kerinduan pada diri sendiri zaman dulu kala, bukan bermakna rindu zaman jahiliyyah tu dari segi pemakaian dan ada la beberapa aspek lagi yg tak-mematuhi-piawaian-agama, tapi lebih kepada personaliti diri yang dulu.






mungkinkah Athirah yang di'bentuk' 4 tahun di UTM supaya lebih berkeyakinan, lebih kehadapan, lebih sifat kepimpinan dan lebih lain2 lagi la, menjadi semakin peduli akan kata2 di sekeliling? lantas menjadikan dia berfikir banyak kali sebelum buat sesuatu, atau erti lainnya risau orang-kata-apa-nanti dan terus tak jadi nak buat sesuatu (baca sesuatu ni sebagai satu pekerjaan yg positif, tak kisahla apapun). adui la kan, sengaja menyusahkan diri fikir APA KATA ORANG..walaupun tahu je, orang tetap akan berkata, mengata, katakan, tak kira la apapun awak buat. baik ke jahat ke. penyakit "low self-esteem" kot aku ni. huu.


nak post pasal benda baik, pikir eh nanti orang igt aku baik/alim lak,takyah la.
nak berniaga, pikir eh malu lak nak jual kat kawan2 sendiri.
nak update blog pun kalau boleh sorok2 tak nak bagi orang tertentu baca.
nak buat itu ini semua fikir "apa pandangan orang" (padahal orang tak teringin nak pandang pun)..haha.




tetiba pulak kn, macam dpt suntikan semangat baru hari ni..hee. ntah la..asalnya buka blog ni nak cari balik resipi kek batik..bila baca balik post2 lama, maka terhasil la entri ni...hee..ok la, dah jumpa resipi, nak pi dapur masak pulak. nanti kek batik tinggal resipi je, keknya tak ada. 



p/s: Salam Aidilfitri..moga Allah menerima amalan kita semua sepanjang Ramadhan ni :)









0 bar darkchoc lah !:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...