Hari ni kan adalah hari pertama aku bekerja..mesti ada yang kata last-last minit baru nak kerja padahal habes matrix tengah bulan 4..aku tau la member lepasan matrix yg lain mesti dah ada ribu raban dalam bank sebab kerja start bulan 5 lepas habis matrix kan..nak buat macam mana,ni lah padah mengamalkan "bersenang-senang dahulu,bersusah-susah kemudian"..huhuhu..baru first day kerja,penat jugak la..padahal tak la teruk sangat kerja aku..stakat amek order,hantar makanan,kemas meja,lap meja..(ce teka aku keja apa,haha) tapi biasala orang tak pernah kerja kan..banyak la songehnya...pdn muka aku,huhu..tapi walau apa-apa pun,aku rasa bagus gak aku kerja ni..dapat belajar macam-macam..pengalaman tu yg penting sebenarnya..ni pun nasib aku baik jugak la tak jumpa lagi pelanggan yang cerewet..harap-harap tak jumpa la..masa aku tengah kerja tadi kan,sempat gak aku pikir,aku rasa best lagi stay up sampai pukul 3 sebab nak study daripada kerja ni..rasa bersyukur jugak la,at least aku ada lagi 4 tahun (insyaAllah) untuk sambung study berbanding orang lain yang sama umur macam aku tapi terpaksa bekerja sampai bila pun taktau sebab tak dapat peluang sambung belajar...lepas ni,aku tak doa dah "bila la nak habis belajaq nii,tak larat dah nak belajaq"...hahaha...k la,aku nak pi rest jap..nak meluangkan masa di rumah dengan sebaik mungkin..esok dan esok kena pi kerja pulak..dah takleh la celik-celik mata bukak laptop..hehe..
♥~Followers~♥
Thursday, June 30, 2011
Tuesday, June 28, 2011
contest blog saya comel
Tadi bukak fb,tengok-tengok leha ada tag aku untuk join satu contest ni..walaupun blog aku tak comel,tak kisah la...tengok dia punya syarat pun senang jer..takyah story panjang,sapa-sapa nak join leh la klik gambar bawah ni..hadiah dia pun leh tahan,RM 100 tu..fuh,bagi orang yg tak bekerja macam aku selama 2 bulan nih(ehem) RM 100 tu kira banyak tau..nak nak pulak orang nak bagi free..kalau dapat alangkah gumbiranya hati..
nak tag :
syifaa aka adnje
Tarikh tutup : 17 Julai 2011
Sunday, June 26, 2011
girlss day out on friday .
Jumaat baru-baru ni adalah girls hangout day..dari pukul 10.30 pg sampai pukul 2 ptg..kami prefer keluar hari jumaat time2 macam tu sebab tak ramai sangat lelaki..bukan tak ada langsung sebab ada gak la sekor sorang dua org tiga empat org yg tak pi semayang gak.."cuti" ke apa ke taktau laa..
masa aku dgn ilha sampai pacific dalam pukul 10.30 lebih gak la,tak ramai orang pun..ya la,kedai-kedai kat pacific pun tak bukak lagi masa tu!yang ada pekerja nak bukak kedai + pak guard yang baru nak on suis escalator.. tak tau pulak aku yg pacific ni bukak lambat..kalau jaya jusco ke sunway carnival mall ke aku rasa bukak awal lagi kot..
sebenarnya kami keluar ni saja-saja ja sebab dah lama gak tak keluar..semuanya duk hibernate dalam rumah ja menambah berat badan..konon-kononnya nak window shopping je la tapi bila dah namanya ke tempat shopping,mau tak beli apa2..dalam duk tak ada duit tu aku sempat gak la beli novel 'Sweet Sour' dan jugak sehelai pashmina..hehe lagipun dah lama gak aku tak beli novel melayu..
ni first time aku beli minuman CoolBlog nih..sedap la jugak..tapi tak leh beli selalu sebab mahal gak air nih...tambah2 lak aku ni kedekut sket bab beli makanan macam nih..sanggup berlapar sebab nak jimat duit..haha..sekali skala nak merasa leh laa..
benda terakhir yg kami bertiga beli sebelum balik..walaupun harganya agak mahal (semuanya aku kata mahal haha) tapi disebabkan ni first time jumpa hp strap versi plant vs zombi + semuanya adalah peminat game nih,maka kami bertiga sepakat beli sorang satu buat koleksi...
maka tamatlah sudah ceritera aku keluar jenjalan pada suatu hari yang permai lagi indahh...(mcm nama sekolah rndah+menengah aku jaa nih) sekian , t.kasih .
masa aku dgn ilha sampai pacific dalam pukul 10.30 lebih gak la,tak ramai orang pun..ya la,kedai-kedai kat pacific pun tak bukak lagi masa tu!yang ada pekerja nak bukak kedai + pak guard yang baru nak on suis escalator.. tak tau pulak aku yg pacific ni bukak lambat..kalau jaya jusco ke sunway carnival mall ke aku rasa bukak awal lagi kot..
sebenarnya kami keluar ni saja-saja ja sebab dah lama gak tak keluar..semuanya duk hibernate dalam rumah ja menambah berat badan..konon-kononnya nak window shopping je la tapi bila dah namanya ke tempat shopping,mau tak beli apa2..dalam duk tak ada duit tu aku sempat gak la beli novel 'Sweet Sour' dan jugak sehelai pashmina..hehe lagipun dah lama gak aku tak beli novel melayu..
popular tgh buat sale,buku ni aku beli RM 16.80 je..harga asal RM 21..diskaun 20% tu..tapi kena ada popular card la..kalau tak ada,less 10% je la..aku pun pinjam kad ilha ja sebab kad aku dah expired..hehe..pashmina tu plak RM 10..kalau tak satu RM 12,tapi aku n ilha beli sorang satu,so dapatlah 2 RM 20..bila nak pakai pun taktau lah..aku ni syok beli ja..nak melilitnya tak reti..
chocolate milk shake with bubblessss..RM 3.60 nih ~ |
ilha dgn chocolate smoothiesnya & leha dgn set McDnya. |
zombi : leha / wallnut : trah / sunflower : ilha |
Saturday, June 25, 2011
first time menang hadiah online ^__^
Tengahari tadi,encik posmen yg muka ala-ala shahir datang buat bising pon pon kat umah aku..aii,pelik gak aku..takkan barang aku kot..seingat aku,aku tak ada la pulak beli barang guna poslaju guna pos daftar ada la..tu pun tak sampai lagi sebab orang tu baru je pos brg aku tu..dlm hati aku duk kata mungkin abang aku kot sebab dia pun rajin gak beli barang online..tapi dia lagi kayoo,suka order barang dari obersea (aku shopping dalam mesia jaaa)..macam biasa,abah aku la yang selalu keluar amek barang yang kami order..tiap kali amek mesti bising2 kat posmen tu "apa lg laa yg depa ni order??"..hehe..
ternyata,rupa-rupanya barang yg sampai tu barang aku kot..
sambil tertanya-tanya,aku bukak la sampul nih...bila dah bukak sampul ni baru aku ingat barang ni untuk apa...hadiah freebies aku dapat kot!bulan lepas aku ada join satu freebies..bukan kena buat entri ke apa ke,cuma kena hantar email je cakap nak hadiah ni..4 orang terawal yang hantar email je yang dapat..dan tak sangka aku adalah orang ke 4 yang hantar..hehe..rezeki2...alhamdulillah..ni first time kot aku dapat hadiah online..terharu jap ~
alhamdulillah,aku yg ke empat yg hantar email =) |
ni lah hadiahnya ^__^
dapat hp strap love...sukaaaaa! |
ni lak hadiah utamanya..sebuah notebook yg ada design bunga felt kat atas tu..
comey weyh..sila jgn jeles,hehe. |
kepada miss dandelion kiss , sy dah terima hadiah saya..terima kasih ye sebab buat freebies tu dan terima kasih sebab hadiahkan sy notebook n hp strap yg comel lg cun ni ~
Tuesday, June 21, 2011
ice blended oreo in da house~~
Hai semua..hari ni aku nak kongsi satu resipi simple yang aku baru try petang tadi..tiba-tiba lak jadi rajin nak buat sebab bahan-bahan semuanya ada kat rumah..lagipun senang je nak buat ice blended nih ~~
(senang senang pun aku google gak cara nak buat iceblended nih,haha)
Ice Blended Oreo
Bahan-bahan ( 1 ~ 2 hidangan )
- kiub ais
- oreo
- susu pekat
- Milo
- air masak
Cara-cara
- Mula-mula letak kiub ais hingga penuhi 1/4 blender (dlm 2 cawan).. Kemudian tuangkan sedikit air. jgn terlalu byk, nanti jadi cair sangat ice-blended tu.
2. Kemudian letak dlm 4 keping oreo yg sudah dipatah-patah jadi kepingan kecil ke dalam blender..boleh letak lebih kalau nak lebih rasa atau lebih manis.
3. Tuang 2 sudu besar susu pekat dan 2 sudu besar Milo dlm blender...kemudian Blend lah sampai halus dan ais tak berketul. Tuang ke dalam gelas dan siap utk dihidang.
-credit to here for this recipe-
tapi,aku tak ikut la sebijik resipi ni..dlm resipi nih oreo tu dia kata 4 kpg je,kalau nak lebih manis letak la lebih...aku lak letak 5 keping oreo so agak manis laa ice blended aku nih..nak bg lagi sedap la konon..huhu..tp lepastu aku tambah lak air masak bagi tak manis sgt..aku try gak letak dlm freezer,lg sedap kot bila mkn sejuk2..hmm,yummeh~
so sapa2 ada bekalan oreo dlm rumah tu leh la try buat ice blended nih..aku igt nak try wat oreo ciskek lak lepasni,resipi pun dah ada..cuma taktau rajin ke tak je nanti..hehe..kalau jadi,aku post la kat sini..k bye!
Sunday, June 19, 2011
MISH APPLE GIVEAWAY !!
Friday, June 17, 2011
jom tukar wallpaper =)
boring dengan wallpaper lama?ye la,tiap2 hari bukak laptop atau pc tengok wallpaper yang sama pun boring gak..walaupun wallpaper tu adalah gambar lee min ho..^^
desktop icon di-hide bg mngelakkan gnguan pd muka leeminho..haha
aisehh,hensem dan ohsem mcm mana pun lama2 boring gak kot mngadap muka leeminho ni..haha..sekarang ni meh kita usha pulak wallpaper2 cun yang aku jumpa kat satu laman web ni..yang best tu,wallpaper2 ni dikategorikan mengikut bulan sebab kita leh pilih nak yang ada tarikh ataupun tak..
wallpaper 'jauh berjalan luas pemandangan' gitu..haa,kalau tak suka wallpaper tema natural2 nih,ada gak wallpaper bntuk abstrak..mcm2 design ada,cuma kena rajin usha je la..
aku suka gak wallpaper bangunan mcm ni..rasa mcm nak pi je situ satu hari nnt..*berangan jap*
semua wallpaper kat atas ni aku ambik kat sini ---> [klik sini] ..
selamat menukar wallpaper msg2.. =P
p/s : wallpaper mcm mna pilihan hangpa??
Thursday, June 16, 2011
suatu petang di kmtk...
bila tutorial math taktau nak buat,bila budak bilik smua tidur,bila boring taktau nak main game apa,bila takbest layan korea sorang2,bila teringat kenangan main basketball,ni la hasilnya..
.
.
.
.
.
jersey pink kiut miut
pdg basketball kmtk versi kanak2 riang
semua ada cerita disebaliknya
p/s: bila tah boleh gathering ramai2?rindu kot kat banderz..='(
Subscribe to:
Posts (Atom)